Hetalia: Axis Powers

Hetalia: Axis Powers (ヘタリア Axis Powers, Hetaria Akushisu Pawāzu) ialah sebuah komik web berbahasa Jepun, yang diadaptasi sebagai siri manga dan anime oleh Hidekaz Himaruya (日丸屋秀和, Himaruya Hidekazu). Fokus cerita Hetalia ialah peristiwa-peristiwa politik dan sejarah serta perbandingan umum pelbagai jenis kebudayaan negara-negara dunia. Watak-watak cerita ini merupakan personifikasi negara, wilayah (seperti Hong Kong), dan negara mikro (seperti Sealand), dengan rujukan terhadap personifikasi nasional lain seperti Uncle Sam dan John Bull. Stereotaip budaya, baik positif mahupun negatif, saling membentuk perwatakan mereka.Jumlah watak yang terlibat adalah banyak meskipun jauh daripada lengkap. Secara umunya, watak-watak utama dalam cerita termasuk negara-negara Kuasa Paksi dan Kuasa Bersekutu dalam Perang Dunia II, iaitu Itali (Itali Utara secara khusus), Jerman dan Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Rusia, dan China. Hetaria (ヘタリア) merupakan paduan yang menggabungkan kata hetare (ヘタレ, "tidak berguna" atau "menyedihkan") dan "Itaria" (イタリア, "Itali"). Peristiwa pada plot cerita utama berlangsung selama zaman Perang Dunia II, tetapi sebahagian besar komik mengambil latar masa peristiwa bersejarah yang lain serta hari perayaan moden, ataupun tidak tertakluk pada zaman tertentu. Siri ini sering kali menggunakan satira dan komedi ringan untuk menggambarkan berbagai-bagai peristiwa sejarah terkenal serta beberapa peristiwa yang kurang popular dan fakta-fakta kebudayaan lain. Interaksi sejarah, politik, ekonomi, dan ketenteraan antara negara diwakili dalam Hetalia dalam bentuk interaksi sosial dan salah falam antara watak.Pada awalnya, Himaruya menciptakan Hetalia sebagai komik web atas talian. Sejauh ini, enam tankōbon telah diterbitkan oleh Gentosha buat kali pertama pada 28 Mac 2008, yang kedua pada 10 Disember 2008, yang ketiga pada 20 Mei 2010, yang keempat pada 30 Jun 2011, yang kelima pada 31 Julai 2012, dan yang keenam pada 31 Oktober 2013. Dua jilid pertama telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris lalu diterbitkan oleh Tokyopop di Amerika, United Kingdom (UK) dan Kanada. Kedua-dua jilid yang telah diterbitkan sejauh ini telah tersenarai dalam senarai manga terlaris oleh The New York Times.[1][2] Sehingga Mei 2012, manga versi bahasa Inggeris diterbitkan oleh Tokyopop melalui Right Stuf. Siri ini kemudian diadaptasi menjadi drama CD dan sebuah anime bersiri buatan Studio Deen yang mula disiarkan secara atas talian. Sehingga 8 Januari 2010, pengedaran anime Hetalia pada peringkat antarabangsa diuruskan oleh Funimation Entertainment.

Hetalia: Axis Powers

Dikeluarkan pada 3 Julai 2015 – kini
Dilesenkan oleh
Pengarah Hiroshi Watanabe
Pelantar PlayStation Portable
Penerbit Lain
Tokyopop (2010 – 2011)
Tokyopop dan Right Stuf (2012 – sekarang)
Penerbit Shūeisha
Tarikh dikeluarkan 24 Mac 2011
Jangka masa tayangan 5 minit
Studio Studio Deen
Pengarang Hidekaz Himaruya
Pembangun Otomate
Episod 20
Demografik Shōnen
Genre Pengembaraan
Cebisan hidup
Tarikh Pengeluaran 22 September 2014 – kini
Pengeluar Idea Factory